Booth Pau Ain's Treat

Program Jualan Agro Madani

Ain’s Treat di Program Jualan Agro Madani @ R&R RTC Perak, Gopeng!

Pada 25 hingga 30 Januari 2025, kami di Ain’s Treat berpeluang menyertai Program Jualan Agro Madani yang berlangsung di perkarangan R&R RTC Perak, Gopeng, dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Apa yang menarik?
Kami bawa pelbagai pilihan pau kukus Ain’s Treat panas-panas, pau frozen Ain’s Treat untuk stok di rumah. Mudah dinikmati, sesuai untuk pengunjung yang singgah mahupun mereka yang ingin bawa pulang bekalan makanan cepat saji yang sedap dan berkualiti.

Yang paling istimewa, booth kami dikendalikan oleh Pokde dan isterinya, Kak Nor, duo reseller hebat dari Perak yang memang dikenali dengan layanan mesra kepada pelanggan-pelanggan yang singgah. Pokde bukan saja mahir mempromosi produk dan membesarkan team, tapi juga rajin berkongsi tips penyediaan pau yang cepat dan mudah, sesuai untuk mak-mak yang sibuk tapi tetap nak hidangkan yang terbaik untuk keluarga.

Agro Madani ini bukan sekadar jualan tapi ia juga ruang untuk rakyat tempatan kenal, rasa dan sokong produk buatan usahawan kita sendiri.

Terima kasih kepada semua yang sudi #SapotLokal bersama Ain’s Treat di RTC Gopeng!

Like, komen dan share Tiktok post kami : https://vt.tiktok.com/ZShwM9edU/

Akak abang nak join team jual pau kukus? PM whatsapp https://wa.me/60122640104 untuk bincang tentang harga dan pakej jualan.

Kalau akak abang nak jual pau frozen pun boleh. Full-time onz, part-time pun onz!

Macam mana nak jual pau secara part-time? Jual dari rumah je. Share info di group sosial taman atau tempat kerja, dan akak abang boleh minta pelanggan pick-up dirumah atau akak abang boleh hantar COD kepada semua pelanggan. Ikut rentak akak abang sendiri. Boleh jana sampai 4 angka tau kalau rajin! Bayangkan side income sahaja dah banyak.

Kalau akak abang nak join event sahaja pun boleh, waktu event je ambil stock. Kalau event besar 2 hari tu 4-5 kotak boleh habis tau! Tinggal kukus je, pelanggan datang sendiri kat akak abang! Kalau nak kami tolong promote dalam account sosial media Ain’s Treat pun boleh tau. Akak abang tinggal share gambar dan details je!

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart