Road to Makkah and Madinah

Setahun yang lepas berbekal apa di bahu dan harapan yang menggunung saya buat keputusan untuk tinggal di Jeddah selama 10 hari untuk buat market validation. Saya seorang ibu yang tiada pembantu. Di bahu saya saya tanggungjawab sebagai satu-satunya active partner pada syarikat saya. Nasib suami sanggup membantu walaupun kerja sepenuh masanya jauh dari rumah.

Market Saudi ni saya dah cuba bermula tahun 2019, dengan market Saudi ni saya perbaiki packaging, kilang kini bertaraf HACCP dan berstatus HALAL OEM. Malangnya bila covid melanda, distributor kami seolah-olah hilang minat walaupun kami telah beri pelbagai cadangan.

Walaubagaimanapun, melihat daripada potensi makanan Malaysia, saya yakin Pau Malaysia mampu menapak dan membesar di bumi ambiak. Kalau  Jepun dan Korea boleh, saya yakin dengan team yang betul, kita pun boleh.

Pada hari pertama saya sampai, saya call pegawai MATRADE, punyalah dia terkejut sebab saya datang sendirian. Dia tumpangkan saya di MATRADE sementara saya boleh check-in jam 3pm. Saya bawa juga produk kawan-kawan saya yang belum ada buyer untuk masuk ke market Saudi.

Saya travel seorang diri ketika itu, tempah hotel selama 10 hari di Jeddah, menumpah ‘strangers became friends’ di Makkah dan Madinah.

Letihnya ketika itu, Ya Allah. Allah sentiasa hantar bantuan. Saya selesai umrah dan melawat Nabi. Saya syukur Allah izin.

Saya bersama rakan Arab yang saya baru kenal, pusing semua market yang ada kemungkinan untuk masuk. Potensi luas. Tapi dalam keadaan ni, kita kena sabar dan bersatu hati mencari apa yang berkesan dan apa yang tidak. Bukan di bibir sahaja. Consistent dan persistance.

Start with something familiar dan terus bergerak dengan izin Allah.

Bukan senang tapi tidak mustahil. Saya bukan usahawan yang hebat atau cerdik tapi saya ada Big Why. Apa jua saya buat ni menyumbang kepada Big Why.

Bila singgah di Safwa Towers sudilah support Pau Ain’s Treat di Felda D’Saji. Semoga produk Malaysia terus menapak dan menjadi popular di sana.


-Nurain Abd Mokhti

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart