Booth Ain's Treat di Selangor Showcase

Pelancaran rasmi Pau Nasi Lemak

Pada 5 Disember 2024, Ain’s Treat telah menyertai Selangor Showcase yang berlangsung di Medan Mara, Kuala Lumpur dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Di sana, kami bukan sahaja mengadakan sesi sampling dan jualan pau, tetapi turut meraikan detik bersejarah dengan pelancaran rasmi Pau Nasi Lemak, inovasi terbaru kami yang menggabungkan rasa klasik Malaysia dalam bentuk pau yang mudah disediakan dan mudah dinikmati.

Walaupun Pau Nasi Lemak telah dilancarkan secara tidak rasmi pada tahun 2023, ini pertama kali Pau Nasi Lemak dirasmikan secara besar-besaran pada umum.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan), sekali gus memberi suntikan semangat buat kami untuk terus berkembang di persada tempatan dan antarabangsa.

Terima kasih kepada semua yang hadir menyokong Ain’s Treat dan usahawan lokal yang lain.

Ramai pengunjung yang terkejut bila mereka dengar tentang Pau Nasi Lemak. Ada yang anggap ada nasi dalam pau, ada yang anggap intinya mungkin sama seperti pau sambal biasa. Tapi, sesiapa yang dah cuba Pau Nasi Lemak sendiri mesti tahu kenapa pau ni layak digelar PAU NASI LEMAK.

Pau Nasi Lemak ni, intinya bukan setakat sambal yang pedas-pedas manis. Dalamnya ada ikan bilis dan telur rebus juga. Pau ni juga ada hint bau pandan dan bau santan yang membuatkan sesiapa yang makan tu akan terasa seperti mereka sedang makan nasi lemak!

Semoga semua usahawan lokal terus berusaha untuk menaikkan produk dan jenama tempatan yang berkualiti tinggi.

Jom Sokong Usahawan Kita!

#SapotLokal

Jom tengok video-video yang kami ada rakam sepanjang acara Selangor Showcase ni

Selangor Showcase (Booth Set-up)

Selangor Showcase (A day before)

Selangor Showcase (Snippet)

Selangor Showcase (Pau Nasi Lemak)

Akak abang berminat tak nak jual pau kukus? Nak buka booth di event juga? PM whatsapp https://wa.me/60122640104 untuk bincangkan harga dan pakej yang kami tawarkan.

Ramai reseller kami yang mampu menjana sehingga 4 angka setiap bulan hanya dengan meniaga pau kukus! Kalau akak abang nak niaga pau frozen pun boleh tau.

Jom sama-sama kita naikkan jenama lokal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart