Pembukaan ST Rosyam Mart di Senawang, Negeri Sembilan pada 4 September 2024 dan 6-8 September 2024 sangat meriah!
Sehari sebelum pembukaan, kami hantar 107 kotak pau pelbagai perisa.
Pada awalnya, kami bercadang untuk adakan sesi sampling pada hari pembukaan pertama sahaja (Rabu – 04/09), tapi tak sangka sambutannya sangat menggalakkan. Jadi kami pun bercadang untuk rehat sekejap sehari dan sambung sampling pada hari Jumaat, 6 September sampai hari Ahad, 8 September.
Tak sangka Pau Ain’s Treat jadi produk viral waktu tu sampaikan kami terpaksa stop sampling awal hari Ahad tu sebab stock laju sangat bergerak!
Masing-masing sibuk sangat waktu tu, team ST Rosyam pun tak berhenti keluar masuk stor dan coldroom untuk topup barangan yang sold laju, termasuk Pau Ain’s Treat juga!
Yang best-nya, sempena pembukaan ST Rosyam Mart Senawang ni, kita launch tiga perisa pau mini (Kacang merah, Kaya dan BBQ Ayam). Niatnya nak test market dulu untuk pau mini, tapi sambutan di ST Rosyam memang padu. Laju je stock pau mini kita kena topup.
Selain daripada pau mini, dah semestinya kita bawa semua perisa pau frozen kita yang saiz sebesar tapak tangan tu, pau goreng, lotus leaf bun dan mantou. Hasil sampling kami, Pau Nasi Lemak kita antara yang best-selling waktu tu! Alhamdulillah, kami bersyukur sangat bila orang awam dah makin mengenali produk Ain’s Treat lebih-lebih lagi pau Nasi Lemak pertama di Malaysia ni!
Kudos to everyone yang bekerja keras untuk laksanakan pembukaan ni dengan jayanya.
Tak lupa kepada team production Ain’s Treat yang bertungkus lumus siapkan order yang banyak dalam waktu yang singkat, dan kepada team Sojook Logistic kita yang laju je hantar pau kita dari Rawang ke Senawang!
Sedikit snippet di ST Rosyam Senawang :

Signboard Pau Nasi Lemak di ST Rosyam Mart Senawang

Antara pengunjung yang dapat merasa pau Nasi Lemak secara percuma hanya dengan follow instagram dan tiktok Ain’s Treat



Antara pelanggan kami yang terpikat dengan keenakkan pau Ain’s Treat. Rasa sekali terus grab masuk troli!












Terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi mencuba dan membeli produk Ain’s Treat di ST Rosyam Mart Senawang. Sokongan anda semua membakar semangat kami untuk terus menghasilkan pau yang berkualiti 
